Pengakhiran...
Aku imbas kembali titik² 'hampa' yang telah terpalit dalam memori dan album kehidupan aku..
Bermula dari perpisahan dengan suami yang aku sangat cintai.. aku kasihi.. aku hormati.. aku ingini... bermula dari kekejaman yang ditikamkan oleh suami dengan penipuan.. pembohongan.. pendustaan... bermula dari kehancuran yang dilimpahkan oleh suami yang aku harapkan perlindungan, kasih sayang.. yang aku panjatkan harapan...
Bermula dari titik itu.. aku jatuh terjelupuk.. bila diri bergelar ibu tunggal.. bila diri bergelar janda.. bila diri kini tiada lagi teman hidup.. bila diri hanya BERDIRI DI KAKI SENDIRI...
Bermula dari titik itu... anak tanpa belaian seorang papa.. anak tanpa didikan seorang papa.. anak tanpa pelukkan seorang papa.. anak tanpa papa...
Bermula dari titik itu.. aku bangun.. aku cuba duduk.. mengatur segala langkah.. mengatur segala strategi.. mengatur segala kehidupan.. yang pasti baru.. yang pasti lebih membahagiakan.. yang pasti akan membenarkan aku berdiri teguh walau tsunami ape pun bakal aku harungi nanti... aku perlu.. aku wajib mengatur segalanya.. sendiri.. lebih-lebih lagi dengan adanya tanggungjawab yang amat besar dibahu ini.. yang telah diamanatkan oleh Yang Maha Esa... yang menyambung keturunan Adam dan Hawa... anak.. kurniaan Allah.. yang suatu ketika dulu.. bisa mengalirkan airmata seorang suami.. seorang papa.. tatkala melihat buat pertama kalinya kelahiran zuriat itu... Akan aku pastikan.. akan aku dayakan.. untuk membesar, mendidik anak itu dengan penuh kesempurnaan.. walaupun pada hakikatnya.. dia tidak sesempurna anak² lain.. yang dapat memegang tangan kedua ibu bapa.... yang dapat gelak tawa gurau senda bersama kedua ibu bapa dalam masa yang sama...
Selepas dari titik itu.. dan ketika titik itu menjelma... aku rasa sangat tertekan.. tiada lagi teman bila buka mata di pagi hari untuk memulakan hari baru.. tiada lagi insan untuk aku bermanja.. untuk aku bercerita.. untuk aku berkongsi...
Pada titik itu.. muncul seorang teman.. yang telah menghilangkan diri hampir 7,8 tahun yang lalu. Aku ke yang menghilangkan diri dulu? atau dia? Emel yang aku terima dari dia untuk pertama kali selepas dari 7,8 tahun tu.. benar-benar mengetuk hati aku dan melonjakkan kegembiraan. Terpancar satu persatu kenangan saat mula aku kenali dia. Tapi sayangnya, banyak kenangan tentang dia yang telah aku lupakan. Apa yang masih tersisa dikotak memori aku... hanya lah...
Aku kenal dia di IRC.. hampir setiap malam kami chat.. macam-macam acara.. macam-macam kisah... dan hanya 2 kali aku pernah bersua dia.. itu pun sebab komputer aku rosak.. bertemankan mak pergi hantar komputer untuk dia tolong baiki... keakraban yang terbit dari chat hari-hari tu.. jua menerbitkan senyuman bermakna dibibir aku bila aje dia terlintas difikiran aku.... hati mula berbunga-bunga untuk pertama kali.. untuk pertama kalinya aku merasa perasaan itu... dan tatkala dia bercerita tentang seseorang yang dia kenali di madrasah.. seseorang yang telah mengetuk dan memasuki pintu hati dia... tatkala itu juga aku rasa hampa... aku rasa.. bukan rasa.. tapi memang sah.. aku bertepuk sebelah tangan... lalu aku rasa.. aku yang menghilangkan diri... aku yang pergi jauh dari dia... yang benarnya.. aku hampa.. dan aku malu.. pada dia... hidung tak mancong.. pipi tersorong-sorong...!
(end of flash back stories)
Bilamana seseorang itu datang semula.. ketika titik yang mendukakan kehidupan aku... dan memulakan titik yang menyegarkan.. dan aku menerima dia sebagai seseorang yang menenangkan aku.. seseorang yang telah banyak membuka semua pandangan aku.. seseorang yang membuatkan diri aku adalah AKU.. seseorang yang benar-benar menyentuh hati aku dengan cara dia tersendiri..
Tapi.. untuk sekian kalinya.. hampa mengundang tiba lagi.. dia aku tinggalkan.. tanpa disengajakan.. yang benarnya.. aku keliru.. masa tu.. aku betul-betul keliru.. aku perlukan petunjuk arah daripada dia.. cuma masa tu dia tak dapat berikan.. hanya pada masa itu satu-satunya keadaan yang benar-benar tidak mengizinkan dia untuk berada bersama aku.. untuk membimbing aku... atas tuntutan kehidupan dia.. bukan aku tak faham.. bukan aku tak mahu faham.. tapi .. itu lah.. aku keliru...
Malam tu.. aku lafazkan 'pengakhiran' pada dia.. tanpa melihat wajah tenang dia... 3 kali dia tanya pada aku.. adalah benar apa yang aku katakan... adakah aku pasti.. adakah itu yang aku mahukan.. dan 3 kali itu juga lah aku hanya mampu anggukkan kepala... tiada kata-kata yang dapat aku lontarkan lagi pada dia.. dan.. disaat dia melangkah pergi.. aku rasakan dunia aku sepi.. sepi sangat.. macam tiada lagi penghuni.. keadaan gelap.. gelap sangat.. macam tiada lagi walau sinar sebesar kelip-kelip pun... waktu itu.. airmata mengalir laju... nafas aku rasa tersekat-sekat... imbangan aku tak terkawal lagi... hati aku .. jantung aku rasa bagaikan diragut-ragut... satu perasaan yang aku tidak lalui dikala aku diceraikan oleh bekas suami aku...
Berkali-kali aku bertanya... "kenapa?kenapa?kenapa?.. kenapa aku begini? kenapa aku berperasaan begini..." Dan ntah dari mana datang nya sedesir suara berdetik di hati aku... "kerana aku sayang.. aku sayang dia kerana dia telah berjaya bertapak dihati aku.. kerana dia berjaya membawa aku ke landasan kehidupan yang benar.. cumanya lagi, wujudnya dia dalam hati aku terlalu awal.. bukan pada masa sepatutnya.. sebab masa tu.. kehidupan aku masih lagi 'bersampan' menongkah arus kehidupan sebagai seorang ibu tunggal... aku masih belum belajar dan belum tahu lagi selok belok sebagai seorang ibu tunggal.. aku belum abis lagi dengan pengajian aku sebagai seorang ibu tunggal.. aku belum tamat lagi mengatur segalanya untuk diri aku.. dan yang penting sekali untuk anak aku.. acapkali aku tersandong antara dia dengan anak aku.. acapkali aku berkira-kira membahagikan masa untuk dia, untuk aku dan untuk anak aku... setiap kali aku bersama dia... dan bila aku pulang untuk bersama anak.. dan bila aje aku terpandangkan wajah kecil anak itu.. aku diselubungi perasaan bersalah... dan setiap kali itu juga lah.... airmata aku akan mengalir... aku bagaikan mencuri masa anak aku untuk diberikan pada dia.. untuk diri aku sendiri... aku rasa sangat sangat sangat zalim.. aku rasa aku bukan ibu yang baik.. bukan ibu yang sempurna... ini lah pengorbanan yang aku buat.. lepaskan segala perasaan yang ada.. lepaskan orang yang aku sayang.. lepaskan orang yang menyayangi aku... "
Walaupun bait-bait itu terbit dihati aku... tak juga meredakan gelodak perasaan aku terhadap dia. Aku sendiri tak tau macam mana kewujudan dia boleh membuahkan satu impact yang sangat kuat dalam hidup aku. Aku memang tak faham...
Aku cuba menerangkan pada dia.. aku cuba untuk mendapatkan dia.. dengan harapan dia akan sama-sama membantu aku menyelesaikan kekeliruan aku tu.. Aku cuba sedaya upaya aku untuk menerangkan pada dia.. sebab masa aku melafazkan 'pengakhiran' pada dia.. tiada satu sebab pun aku beri pada dia.. aku hanya lepaskan dia begitu aje...
Aku cuba.. aku cuba sangat sangat aku cuba.. ye aku tau.. aku yang telah melukakan hati dia.. aku yang membuatkan dia pergi... tapi aku keliru masa tu.. aku tak yakin.. dan aku tak tau mana satu .. tapi.. sekali lagi.. aku sendiri mengundang hampa.. tiada lagi peluang untuk aku.. walaupun peluang untuk menerangkan keadaan sebenarnya.. dia pergi.. dia pergi jauh.. jauhhhh sangat jaauhhhh...
Bermula dari titik itu... aku mula jatuh sakit.. airmata sentiasa di kelopak mata.. setiap hari.. aku menyelusuri jalan Cyberjaya - Puchong.. airmata yang menemani aku.. setiap malam.. selepas anak tidur.. airmata menemani tidur aku... aku diselimuti kerinduan.. aku diselimuti kekesalan.. aku diselimuti kenangan... Adakalanya, perasaan yang aku rasa tidak tertanggung.. kerinduan aku tak terbeda.. aku duduk di bilik air.. aku menangis.. menangis.. sampai adakalanya aku muntah-muntah.. dan aku biarkan air mengalir dari atas kepala.. aku cuba membuang segalanya.. menyejukkan hati aku...
Aku pujuk hati aku.. "ah! semua ni akan berakhir.. soon.. very soon... " sehari berlalu.. seminggu berlalu.. sebulan berlalu jua... aku masih begini.. masih lagi kesayuan bila terkenang kan dia.. aku perlu hapuskan semua yang ada mengenai dia.. yang akan membuatkan aku teringat pada dia.. aku pulangkan semua barang walau secebis kertas pun yang pernah dia beri pada aku.. aku cari kebencian pada diri dia.. tapi semua tu menghampakan aku.. perasaan aku pada dia masih lagi seperti dulu.. masih kuat... terlalu kuat.. lagu-lagu yang berputar di radio ada lagu aku dan dia.. filem filem yang bermain di kaca tv ada filem aku dan dia.. sedangkan soto pun aku tak mampu untuk masak lagi.. walaupun itu salah satu makanan favourite aku.. kerana aku pernah masakkan untuk dia.. hari rabu.. malam.. masih lagi menjadi malam debaran pada aku.. kerana dia akan sms aku selepas dia abis main badminton.. tapi itu dulu.. tiada lagi hari rabu... aku je yang tertunggu-tunggu...
Hingga ke titik ini... hampir 3 bulan aku tanpa dia.. jiwa aku masih lagi terusik.. masih ada dia.. hati aku masih ada dia.. masih bertapak disitu.. Semasa Syawal menjelma.. dia tiba-tiba juga turut menjelma.. kehadiran sms dia malam raya aritu.. membuatkan jantung aku terhenti sekejap.. membuatkan malam aku tak lena.. membuatkan handphone aku sentiasa di tangan menatap sms itu... dan bila aku masuk semula ke office selepas bercuti raya.. sekali lagi jantung aku terhenti berdegup.. bila menerima kad raya dari dia.. seminggu aku biarkan kad raya tu dihujung cubicle aku nie.. tanpa di sentuh.. ape lagi untuk aku melihat lagi... dan selama beberapa hari ini jugak la.. hati dan fikiran aku agak kacau...
Ada yang pernah berkata pada aku "kita ni kadang-kadang doa kita tak sampai.. apa kata kau minta tolong orang yang lebih alim ulama.. bukan la kata nak percaya bomoh-bmoh ke ape.. tapi kalau niat kita baik.. baik lah jadinya.. pergi la minta penawar agar ko lupakan dia.. ko hilangkan kehampaan kau tuh.. mana la tau kan.." tapi aku sebenarnya tak berdaya nak bercerita walau ngan sesapa pun tentang dia.. tentang perasaaan aku.. tentang ape yang aku alami.. bagaikan takde ayat untuk diluahkan...
Dan.. akhirnya.. aku poskan semula kad raya tu.. sekali lagi.. cuba untuk menghapuskan dia dari hati aku.. taknak ada apa-apa tersisa tentang dia pada aku.. walaupun pada hakikatnya aku masih belum bisa mengikis dia dari hati dan dan fikiran aku.. aku masih cuba...
Sejak dari kewujudan sms & kad raya tuh.. aku banyak berfikir.. hati aku banyak kali terusik.. dan airmata aku banyak kali mengalir tanpa kira waktu.. dan semua ini lah yang pengakhirannya.. aku menukilkan tulisan ini dalam blog ni.. untuk kali ini.. untuk pengakhiran kalinya...
Dalam masa beberapa bulan ni.. dalam masa aku tanpa dia..ada juga beberapa insan cuba mengetuk hati aku.. walaupun aku rasa terhibur... rasa disayangi.. rasa betapa aku penting dalam hidup dorang... tetapi aku tak boleh menipu diri.. ape lagi daya untuk aku menipu dan memberi harapan pada mereka.. sedangkan hati aku 'bagaikan masih dimiliki'.. aku tak mahu memberi dan menerima sesuatu yang aku tau bukan sekarang masa nya... aku tak mahu nanti aku TERmemberi dan membuatkan orang kecewa... cukup sekali aku telah pernah mengecewakan dia.. tidak akan aku ulangi pada orang lain.. sebab aku sangat sangat positif.. aku.. hati aku.. dan fikiran aku belum bersedia untuk mewujudkan rasa itu lagi...
Selagi.. ada airmata bergenang di kelopak mata ini.. ada kesakitan di hati ini.. ada ingatan di kotak memori ini... selagi itu.. aku tak mampu menerima sesiapa dalam hidup aku.. untuk menemani aku menjalani dan melayari kehidupan bersama aku dan anak aku...
Sesungguhnya.. pada aku.. cinta.. kasih.. sayang.. adalah suatu perkara yang amat besar nilainya dalam hidup ini. Sesuatu yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata.. sesuatu yang tak boleh dipaksa.. sesuatu yang tak mudah ditukar ganti... sesuatu yang perlu pengorbanan.. sesuatu yang perlu kepastian.. sesuatu yang indah.. sesuatu yang membahagiakan.. sesuatu yang amat ternilai lebih dari harta benda....
Apa yang aku inginkan sekarang ni.. pada titik ini... adalah untuk mengatur dan mempraktikkan kehidupan aku sebagai ibu tunggal. Membesar dan mendidik anak aku.. berkerjaya dan memperbaiki kerjaya aku.. mengatur dan memperbaiki financial aku.. memperbaiki dan meningkatkan ilmu keagamaan aku.. memperbetulkan perangai hampas aku.. meningkatkan tahap kesihatan aku... dan sentiasa ada bersama anak aku. Cukup dia tanpa kasih sayang didikkan seorang papa. Jangan sampai dia terasa dipinggirkan oleh mama dia.. Segala keperluan dia aku perlu sediakan.. aku perlu persiapkan segala yang akan dia perlukan. Januari 2006 dia akan mula melangkah ke sekolah.. play school.. so aku perlu sediakan mental dia, fizikal dia, skill dia dan juga financial aku... banyak perkara yang perlu aku sediakan, fikirkan dan praktikkan untuk aku dan anak aku seorang ni...
Pada masa ini.. aku tak pasti sama ada akan terbitkah lagi cinta yang baru dalam hidup aku ini? akan melangkah pergi kah dia dari hati aku? akan adakah cinta untuk aku?
Yang pasti.. aku tidak mengharapkan kehadiran dia sekali lagi... tidak sesekali...
Yang pasti.. aku tidak akan beri apa-apa harapan lagi pada sesiapa selagi aku belum benar-benar 'pulih' ...
Yang pasti.. hidup aku.. selagi aku bernyawa.. selagi aku bernafas.. hanyalah untuk anak ku tersayang.. hanya untuk mu...
Yang pasti.. apa yang aku nukilkan disini.. dalam thread kali ini.. hanyalah sebahagian kecil sebab kenapa aku begini.. tanpa cinta.. dan tidak mahu dicintai... selain dari itu.. aku hanya tak dapat nak gambarkan anak dengan papa yang baru... tak terbayang aku.. tak! tak! tak!
Yang pasti.. tiada lagi blog ini selepas dari nukilan ini...
Lagu ini.. yang sentiasa menjadi makanan jiwa dan fikiran aku setiap hari...
----------------------- -----
Element - Rahasia Hati
----------------------- -----
Waktu terus berlalu tanpa kusadari
Yang ada hanya aku dan kenangan
Masih teringat jelas
Senyum terakhir yang kau beri untukku
Tak pernah ku mencoba
Dan tak ingin ku mengisi hatiku
Dengan cinta yang lain
Kan ku biarkan ruang hampa didalam hidupku
Bila aku harus mencintai dan berbagi hati
Itu hanya denganmu
Namun bila... kuharus tanpamu
Akan tetap kuarungi hidup tanpa bercinta
Hooo... hanya dirimu yang pernah
Tenangkan ku dalam pelukmu
Saat ku menangis

Akan tetap kuarungi hidup tanpa cinta...
(Tak pernah ku mencoba
Dan tak ingin ku mengisi hatiku)
Untuk semua.. sama ada yang terlibat.. terbabit.. dalam kehidupan aku secara sengaja atau tidak sengaja.. aku mohon kemaafan.. seikhlas-ikhlas hati aku pohon kemaafan.. atas segala kekurangan atau terlebih.. aku hanya insan biasa.. yang sentiasa tergelincir dari landasan.. jika ada ... panjatkan lah doa untuk kesejahteraan aku dan anak aku.
Kepada yang sentiasa mengambil berat tentang aku dan anak aku.. walaupun aku tak tunjuk secara zahirnya.. tetapi percayalah, setiap kali korang bertanya dan berkata-kata pada aku.. aku sangat hargai.. sangat menyentuh hati aku...
Semoga, tiada lagi perpisahan yang wujud di dunia ini.. selain dari perpisahan jasad dan nyawa kita.. semoga.. tiada lagi kekejaman yang berlaku dalam kehidupan kita ini... semoga kebahagiaan dan perlindungi Ilahi sentiasa bersama kita...
Maafkan pena aku.. maafkan fikiran aku.. maafkan hati aku.. maafkan kata-kata aku.. maafkan aku....
~the end~