Friday, October 07, 2005

Cindai dan kawan...

Cindai... seorang teman yang aku kenal secara online 7,8 tahun lalu. Dan selama usia tu juga lah, tak pernah sekali pun kitorang ter lost contact. Sejak dari zaman aku solo molo, sampai sekarang aku dah ade anak berusia 1 tahun 4 bulan. Terlalu banyak perkara yang dia tau tentang aku. Terlalu banyak bende yang dia dah tolong aku. Dan aku pun banyak dah tolong dia. Mostly, aku tolong dia pasal kerja.. seingat aku, dah 2 tempat kerje aku rekemen kan kat dia.. termasuk tempat kerja dia sekarang? *(eh! betulkan 2? ke 3? hihihi...)

Tapi, sejak dua menjak aku 'solo' kembali.. dan dia pun 'solo' semula.. aku makin akrab dengan dia. Kalau dulu hanya berbicara melalui online chat atau sesekali sms bile ada perkara penting, jumpa setahun sekali masa time bulan pose (sebab aku jual kuih raya.. dia konpem belinye kat aku!).. sekarang dia lah teman aku. Dia lah kawan chat aku bila aku kat office, dia lah kawan sms aku bila aku kat umah, dia lah kawan berjalan aku bila aku bawak si boboi berjalan, dia lah bapa menumpang kasih untuk si boboi... dia lah telinga aku, bila mulut aku membebel, dia la mulut aku bila aku degil, dia lah mata aku bila perbuatan aku tak senonoh, dia la idong aku bila aku busuk.. (busuk?!!!)

Tapi... korang jangan salah sangka.. jangan cepat sangat buat andaian.. jangan suka sangat menyindir.. apa salah ke kalo seorang perempuan mempunyai kawan baik/akrab lelaki? salah ke? apa.. kalo orang lelaki dan orang perempuan akrab tu mesti bercinta? apa orang kata sekrang... gelpren boipren? mesti ker..? Aku ngan kawan aku yang ilang tu penah membicarakan perihal ni. Bila mana kawan baik sigadis adalah seorang jejaka... Lebih kurang macam ni:-

mdg: abis abang nak kenalkan awak pada kawan² abang sebagai ape ye?
aku: ntah ler.. ape yg terbaik ek?
mdg: kang kalo abang cakap kawan baik kang, sure kene gelak.
aku: apsal lak?
mdg: mana ade orang nak percaya, kalo orang lelaki ada kawan baik perempuan.. mesti dorang cakap awek nye. kene plak abang ni bujang tak bergelpren.
aku: itu lah dia masyarakat kita. ape lah salahnye kalo ada kawan baik berlainan gender kan?


Jadinya, aku tak dulik lah ape orang nak kata.. korang nak kata "alaa memula kawan.. sok sok berkasih ler.. kene plak anak dia dah rapat ngan orang tu.. sok sok kawan jadi kawen..." aku akan jawab "insyaallah, alhamdullilah, amin..."

Pada aku.. persahabatan aku ngan cindai jujur, ikhlas, tanggungjawab, bahagia. Tak salah untuk aku menyayangi dia. Tak salah untuk aku mengadu pada dia. Tak salah untuk aku berkongsi cerita dengan dia. Tak salah untuk aku mengambil berat tentang dia... Sebab, dia kawan baik aku.. Kawan dalam erti kata sebenar.. KAWAN...

Dalam kehidupan kita, kita mengenali ramai orang. tapi adakah kita benar² mengenali setiap orang tu? Adalah setiap orang yang kita kenal tu boleh di anggap kawan? Aku tak.. aku tak anggap semua orang yang aku kenal sebagai kawan. Aku kategorikan dorang sebagai:-
1. orang yang aku kenal
2. orang yang aku tau
3. orang yang berkawan ngan aku
4. orang yang bertegur sapa ngan aku


Kadang² sebagai contoh.. korang tengah tunggu giliran kat kaunter bank. tiba² orang sebelah ko yang seumur idop ko tak penah jumpe, tak penah tengok pun kelibat, memulakan bicara:
orang tu: lama plak la menunggu ni
aku: a'aa biasa la.. time lunch.. ramai la orang
orang tu: bank ni pun satu.. time lunch plak dia buka satu kaunter jer
aku: ntah dorang ni patut masa lunch la buka banyak skit kaunter


Ha.. dari perbualan tu. Nampak cam mesra jek ek.. nampak cam dah kenal lama jer.. kene plak sependapat.. so korang nak kategorikan sebagai sape orang tu dalam idop ko pada hari tu? aku kategori kan orang tu pada orang no 4 seperti diatas.

Seminggu lepas tu, korang gie gerai mamak pekene tandoori ngan teh halia. Tengah sedap² korang mencekik.. tiba² ada orang tegur..
Orang tu: Eh! awak.. sorang je makan?
Aku: eh! jumpa lagi.. a'aa makan gak ke.. join ler..
Orang tu: tak.. tapou jer.. panas la nak makan sini
Aku: tu ler.. ni yg makan cepat2 ni.. tak larat ler panas² ni..

orang yang tegur tu, orang yang korang jumpa kat bank aritu ler.. jadi korang kategorikan sebagai ape? aku kategorikan sebagai orang yang no 2 seperti diatas. kemudian orang tu sambung lagi bercakap ngan korang, sementara dia tunggu makanan dia di tapou:-
Orang tu: keje kat sini² ke?
Aku: a'aa.. kat bangunan tu haa
Orang tu: oohh! saya pun kat sini gak.. selalu makan sini?
Aku: Selalu tapou je. arini rasa nak keluar opis duduk ler makan sini.
Orang tu: *senyum* eh borak² tak tau nama plak...
Aku: ohh nama saya marsha
Orang tu: oohh saya amylea.. eh! makanan saya dah siap.. ni no saya.. contact2 la yer..
Aku: haa.. ok.. nanti saya 'tembak' no saya yer..


So, now.. aku kategorikan orang tu sebagai orang yang aku kenal. Sebab dah ada nama dan no phone. Kemudian aku ngan orang tu saling kontek mengontek, jumpa berjumpa... dan berkenalan lebih lagi.. aku tau banyak dah tentang orang ni.. maka aku kategorikan orang tu sebagai 'orang yang berkawan ngan aku'.

Lama kelamaan, aku dah tau ape yang dia suka.. ape yang dia minat, ape yang dia buat time tu, time ni, umah kat mana, adik beradik dia sape, gurau² kasar camne pun takde amik ati, time dia sakit aku bawak pi klinik.. so on etc. etc. etc. maka orang tu kini adalah KAWAN aku...

So, korang.. kalo korang kat opis or kat sekolah masa ni, cuba pikir² dan kategorikan orang² dalam opis / kelas korang tu.. dari ramai² tu.. berapa orang kah KAWAN korang?

Aku sayang semua kawan² aku.. tapi aku extra sayang kan
Cindai... sebagai seorang kawan.. seorang teman...

~Daaag~

6 Comments:

Anonymous babysyaza said...

iskh tak paham...
cindai nih laki ke pompan?

Friday, October 07, 2005 12:17:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

dear single mama..

Salam ramadhan,
sebenarnya .. lelaki dan perempuan tak mampu hanya untuk jadi sepasang kawan baik..kerana pada akhirnya .. ada perasaan kasih dan sayang dan cinta..pada sebelah pihak samada lelaki / perempuan..

Lelaki dijadikan untuk wanita ..
begitulah sebaliknya..

Apa apa pun kalau kalian berdua boleh kekal sebagai kawan baik..mungkin kalian antara pasangan kawan baik lelaki perempuan yang pertama tanpa apa apa perasaan cinta.. mungkin 1/10 didunia nih..

Salam

Friday, October 07, 2005 3:58:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

1st rules
"Men and women can't be friends because the sex part always gets in the way,"

2nd rules
...They can't be friends...unless both of them are involved with other people. Then they can. This is an amendment to the earlier rule. If the two people are in relationships, the pressure of possible involvement is lifted. That doesn't work either. Because what happens then is the person you're involved with can't understand why you need to be friends with the person you're just friends with, like it means something is missing from the relationship and wanted to go outside to get it. Then when you say, 'No, no, no, no, it's not true, nothing is missing from the relationship,' the person you're involved with then accuses you of being secretly attracted to the person you're just friends with, which you probably are - I mean, come on, who the hell are we kidding, let's face it - which brings us back to the earlier rule before the amendment, which is men and women can't be friends.

-When Harry Met Sally

Friday, October 07, 2005 5:06:00 PM  
Blogger Single Mama! said...

this is what we call... MALAY MENTALITY...

Monday, October 10, 2005 7:41:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

sori girl..when harry met sally is not quotes by a malay..but "orang putih"..(if u looking for the western point of view)- u should watch it....

Story Info-When Harry Met Sally

It's one of the best-loved romantic comedies of all time that poses one of life's most interesting questions -- Will sex ruin a perfect relationship between a man and a woman?

That's what Harry and Sally debate during their travels from Chicago to New York. 11 years and 2,000 miles later, they're still no closer to finding the answer. And they've never ventured past their friendship to discover the love that's right in front of them. Will these two best friends ever accept that they're meant for each other...or will they continue to deny the attraction that's existed since the first moment When Harry Met Sally?

It's the film they say is...
"Tender, amazing and magnificent! An acutely perceptive and comically radiant love story!"
- The Hollywood Reporter

"Brimming over with style, intelligence and flashing wit"
- Rolling Stone

"Romantic and Funny! It's wonderful!"
- Joel Siegel, WABC-TV

Cast & Crew Info:
Director: Rob Reiner (The Story of Us, Misery)
Writer: Nora Ephron (Hanging Up, Sleepless in Seattle)

Cast: Character Talent
Harry Burns... Billy Crystal (Analyze This, City Slickers)
Sally Albright... Meg Ryan (Proof of Life, You've Got Mail)
Marie... Carrie Fisher (Scream 3, Austin Powers:
International Man of Mystery)
Jess... Bruno Kirby (Donnie Brasco, Sleepers)

Monday, October 10, 2005 12:23:00 PM  
Blogger Single Mama! said...

It's true.. ! Nothing impossible in this world. But, again... it's also nuthin impossible for a boy & girl forever be a best fren... Look at other corner and think from other view...

Monday, October 10, 2005 12:33:00 PM  

Post a Comment

<< Home