Tuesday, October 11, 2005

Kronik...

Beberapa masalah kronik terjadi pada masa ini.

Kronik #1
Semua aplikasi chatting kat office ni dah kene blocked! Yahoo messenger, MSN Messenger, ICQ etc. etc. etc. Baik yang install atau pun web base. Semua dah kene blocked! Kerana menurut email dari project manager aku, bende² alah tu penyebab our system slow. Berikut sedutan dari email project manager aku:-

Sigmalink has been very slow today so I checked with Sydney and they informed me that sigmalink is slow because:

"Some of the staff in Cyberjaya are using the internet excessively... We are seeing a lot of traffic to these types of sites... A lot of the sites are photo, messenger and blog sites.... We are also seeing an excessive amount of encrypted web traffic."
Hakikatnya, walaupun korang dah blocked semua tu, the system still slow...! Composing still slow! the pdf file still slow....! Our sigmalink still responding slow! Bagus.. rasa cam nak pengsan aku kat office ni dah!

Kronik #2
Kebanyakkan web photo eg. photobucket dah kene blocked jugak! So bila aku buka mana² blog or site yang menggunakan photobucket, hasil yang aku dapat ialah 'tanda pangkah warna merah'. Termasuklah blog aku! Yang sebelum ni aku pakai photobucket. Sejak akhir minggu lepas, aku bertukar ke photo blog plak. Tapi instinct aku dapat rasanya, kejap jer ni.. nanti sure kene block...! Silap² ngan Incik blogger ni skali kene block... Bagus lagi.. rasa cam nak pitam dah aku...!

Kronik #3
Kat office ni ade satu pc yang dipanggil 'Hot station'. Kat pc tu la kalo nak pakai scanner ke or ape² yang patut. Untuk beberapa bulan yang lepas, aku pakai pc tu untuk scan dan edit cover booklet one of my product using Adobe Photoshop. The only pc yang ada this graphic software. Dan, untuk product aku update bulan ni pun, seperti biasa aku melangkahkan kaki menuju ke 'Hot Station', place the booklet cover into the scanner.. dan aku mencari² software Photoshop. Surprisingly, Photoshop telah selamat di uninstall kan! Atas sebab ape aku pun tak tau!!!! Yelah, aku masih bleh men'yeken' booklet tu, tapi aku menghadapi masalah berat nak mengedit. Aku selongkar perabih 'Hot Station' tu.. takde satu pun graphic software yang bleh aku pakai selain dari PAINT.. baca betul².. PAINT!!! Dan, aku dengan sumpah seranah dalam hati ni, cuba sedaya upaya mengedit booklet tu menggunakan PAINT.. Hasilnya, sungguh mem'PAIN'kan aku!!!!!!!!!!!!!!!!! Bagus.. kerana menyusahkan dan membazirkan masa aku. Bilamana untuk update² yang lepas aku men'yeken' dan mengedit booklet tu dalam masa 5 minit. Kini, aku perlukan 1/2 jam untuk menyiapkan cover booklet tu...!!!

Kronik #4
Salah satu project terbaru kat international publishing company yang aku dok makan gaji ni, ialah 'Book Project'. Dan aku langsung takde kene mengena ngan project ni. Tapi disebabkan dateline untuk project ni dah sangat² critical, hari ni, memandangkan product aku blom masuk lagi, aku dengan paksaan dari ACTING TEAM LEADER aku yang 'kucintaik'telah men'join'kan aku dalam project ni. Aku kene ammend table² dalam chapter² yang telah di'periksa' oleh sub-editor. Lebih menarik lagi, aku diberi timeline.. SEJAM DARI TADI (sekarang dah masuk minit ke-24), untuk 'menyetel'kan bende² ni. Dah ler aku tak penah di training untuk project ni, dah le aku tak expert dalam table, dah ler nak compose skit punya 'kejap' ke nak tunggu, dah ler berduyun² orang menggunakan printer yang 4 biji ada kat bilik printer tu (tolak satu printer takde ink .. ntah bile nak ganti!), dah ler aku terkial² try and error mengadjust ape yang patut seperti yang telah di remark oleh sub editor... hasilnya, aku makin SANGAP! Ingat aku heran sangat ke ngan timeline yang ko kasi.. SEJAM tu..?! Takde nye aku heran. Ko minta tolong aku, aku dah nak tolong walaupun dalam keadaan yang tak teruja langsung ni pun kire baik dah. Bagus.. kerana memberi aku satu tekanan daripada sepuluh tekanan yang sedang ko hadapi sekarang. Tu ler.. masa project manager tanya sape nak handle book project ni, ko gatal angkat tangan sape suruh? Alih² skrang menyusahkan aku, dan orang² yang secebis pun tak terlibat dalam project ni...!!!!

Kronik #5
Abah aku dah balik dari Pulau Mauritius. Sekarang ada kat Sri Petaling. Dalam beberapa hari lagi dia akan balik ke rumah. Dan dalam beberapa hari ni jugak dia akan bertanyakan pasal setiap seorang yang tinggal dalam umah tu. Dan sudah pasti dia akan bertanyakan pasal 'bekas menantu' dia. Aku kene siapkan skrip. Skrip aku kene kuat, kene terang, kene yang terbaik. Kalo gagal, ada harapan aku kene belangkong! (Abah tak tau yang aku kini 'single mom') Abah memang dari dulu sikap dia. Tak pernah menyalah atau menudingkan jari kepada orang lain. Yang salah, yang kene tunding jari ialah anak beranak dia jer.. Yang kene belasah, kene syarahan ialah anak beranak dia jer.. Bagus... bersiap sedia lah aku dengan penangan abah nanti...!

Kronik #6
'Sakit' aku makin menjadi² semula. Aku masih lagi menelan ubat yang aku beli dari farmasi. Tapi, setiap kali aku telan ubat tu, cuma sekadar mengurangkan 5% - 8% dari kesakitan yang aku tanggung. 'sakit' ni datang tak kire masa, tak kire keadaan. kadang² terlalu kuat, kadang² kurang kuat.. tapi tak pernah hilang. Dari aku celikkan mata, hingga aku pejamkan mata. Berdenyut²! Napa aku tak gi check up? Napa aku tak jumpa doctor? Aku pun tak tau kenapa. Kalo dulu, aku demam skit pun aku dah berkejar jumpa doctor. Tapi herannya sejak aku mengalami 'sakit' ni 2 minggu yang lepas, aku tak berani untuk jumpa doctor. Aku takut.. takut ape aku tak tau.. mungkin.. aku takut untuk mengetahui kebenarannya... Untuk kronik ni.. takde ape yang bagusnya... di saat aku menaip ni pun sesekali 'sakit' ni menyerang dengan amat kuat sekali sehingga mencapai 90% kesakitan untuk jangka masa 5 - 15 minit. Dan kemudian akan surut hingga 10% untuk jangka masa 10 - 20 minit. Dan berulang² lagi.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi... Ntah bila baru aku ada kekuatan untuk berjumpa doctor... ops! aku ade rasa cam nak muntah....

9 Comments:

Blogger zamdee said...

degil nieh nak gi klinik, degil bangat.. bangat pung tak degil mcm nie..

Tuesday, October 11, 2005 12:23:00 PM  
Anonymous adah said...

msn saya boleh on lagi... ngantuknya...tolonggg..nak balik...

Tuesday, October 11, 2005 12:23:00 PM  
Anonymous babysyaza said...

ler kak...
hapoler gi ler clinic...
sia2 jek docter to belajo tinggi2 patient dia sumer takut nak jumpe dia...

Tuesday, October 11, 2005 1:24:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

ader aper2 ker nie..muntah2 lak...

Tuesday, October 11, 2005 2:26:00 PM  
Blogger Hanie said...

pegi la klinik..jgn dok tunggu2...bkn nya tuan doc tu nk mkn ko...

Tuesday, October 11, 2005 3:11:00 PM  
Anonymous mrB said...

This comment has been removed by a blog administrator.

Wednesday, October 12, 2005 7:58:00 AM  
Blogger is150 said...

gud luk

Wednesday, October 12, 2005 4:40:00 PM  
Anonymous a.k said...

aiyakk takut jumpe doc ke mama? klo ade sepoloh pesakit cam mama, alamatnya keluarga sy susah la nak cari makan... uhuhuhu~ g klinik ek mama, check ape sakit tu... ala, xde pape.. ok?

Thursday, October 20, 2005 10:52:00 PM  
Blogger Single Mama! said...

hihih.. aniey.. dah gie dah... finally.. and now dah tiap2 ari plak kene gie spetal sana...

Friday, October 21, 2005 9:03:00 AM  

Post a Comment

<< Home