Friday, October 21, 2005

She's so motherly...

Pagi semalam, masa aku drive menuju ke Putrajaya jam 7.50am... hati aku berkata² "apsal cam sunyi je Putrajaya ni. Apsal hari cam mendung jer.. Apsal macam semacam jer suasana ni.. Nak hujan la ni..." .

Dan, ketika aku drive back to the office, i received a sms, "wife pak Lah dah arwah.." it's very short msg but then really made me stunt! Macam tak percaya jer.. baru jer beberapa hari lepas aku tengok kat berita kepulangan beliau dari Amerika. Dan, pagi ni.. aku dengar plak berita kepulangan beliau ke Rahmatullah.. inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un...

Dulu, sebelum Pak Lah jadi PM.. aku langsung tak mengenali Allahyarhamah Datin Sri Endon. But, selepas beliau mengangkat martabat Songket, aku mula mengagumi beliau. Dan, selepas aku tahu tentang penyakit kanser payu dara yang beliau hidapi.. aku bertambah kagum dan respect pada beliau. Sungguh.. air muka beliau melambangkan beliau seorang wanita yang kuat semangat, gigih dan sifat perjuangan jelas terpancar. Sifat keibuan yang penuh dengan kasih, sayang dan prihatin terhadap semua masyarakat am nya, berjaya menawan hati aku untuk menjadikan beliau idola aku. Susun atur bicara beliau dan pengetahuan beliau dalam segala hal.. membuatkan aku akan terus terpaku setiap kali melihat beliau di kaca TV...

Berita yang diterima semalam.. sememang nya membuatkan hati aku sayu.. Apa lagi aku sempat menyaksikan upacara pengebumian beliau semalam di TV. Di kala jasad beliau di bawa turun ke liang lahad.. tanpa aku sedari.. air mata aku juga turut turun mengalir ke pipi.. dan terus saja aku panjatkan Al-Fatihah untuk beliau.. (dan skrang.. ketika aku type ni pun, airmata dah bergenang lagi..)

Selepas berbuka, dan solat Mahgrib semalam.. terus saja aku membaca surah Yassin...

Hati aku rasa tak tenteram.. terbayang² wajah jernih beliau.. Dek kerana tak mau drag lebih jauh perasaan aku ni.. terus aje aku angkat vacuum dan bersihkan bilik, tukar cadar, basuh baju² kotor si boboi, kemaskan baby cot si boboi.. peluk si boboi dan tido kan si manja permata hati aku ni...

Dalam dakapan aku, si boboi beberapa kali aku cium... dan pikiran aku melayang lagi.. Allahyarhamah Datin Sri Endon menghembuskan nafas beliau yang terakhir di samping suami dan anak² tercinta... Aku? ntah setakat mana aku akan bernafas di bumi ALLAH s.w.t. ni.. dan ntah disamping siapa aku akan melihat untuk kali terakhir sebelum aku meninggalkan alam yang fana ini nanti...

Semoga, roh Allahyarhamah di cucuri dan di rahmati ALLAH s.w.t. Dan semoga Pak Lah sekeluarga tabah dalam menjalani kehidupan mendatang. Semoga segala kenangan, pesanan dan usaha yang Allahyarhamah tinggalkan pada kita terus kita ingati dan laksanakan...

AL-FATIHAH

1 Comments:

Anonymous Natasha Azim said...

Al-fatihah..may Allah bless her & may her soul rest in peace...

Friday, October 21, 2005 5:59:00 PM  

Post a Comment

<< Home